kisah tauladan

0
COM
Nabi Ismail sebagai Qurban--source:wikipedia//

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang disayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus,jauh dari masyarakat kota dan pergaulan umum.
Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya,Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahawa ia harus menyembelih Ismail,puteranya.Dan mimpi seorang nabi adalah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah,maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim a.s..Nabi Ibrahim a.s. duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang dihadapinya. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyambung kelangsungan keturunannya,tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.
Namun sebagai seorang nabi,pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah,menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak,isteri,harta benda dan lain-lain. Perintah Allah harus dilaksanakan sepertimana yang diwahyukan melalui mimpinya,apa pun yang akan terjadi sebagai akibat perlaksanaan perintah itu.
Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s.,namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:"Allah lebih mengetahui dimana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahNya".Nabi Ibrahim a.s. tidak membuang masa lagi,berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail,puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim a.s. menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang telah Allah perintahkan.
Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya,ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:
"Wahai ayahku!Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu.Engkau akan menemuiku InsyaAllah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah.Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya,ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku,keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku,berikanlah kepadanya pakaianku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."
Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim a.s. seraya berkata:"Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah,bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah."
Saat penyembelihan mengerikan telah tiba.Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail,dibaringkanlah di atas lantai,lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang ditangannya,kedua mata Nabi Ibrahim a.s. yang bergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang berkilau ditangannya,seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya,dengan memejamkan mata,parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan dilakukan. Akan tetapi apa daya,parang yang sudah sedemikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.
Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pengorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim a.s. telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pengorbanan puteranya untuk berbakti melaksanakan peerintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan,sampai terjadi seketika merasa parang itu tidak lut memotong lehernya,berkatalah ia kepada ayahnya:"Wahai ayahku!Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku kerana melihat wajahku,cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku." Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.
Dalam keadaan bingung dan sedih hati,kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya,datanglah kepada Nabi Ibrahim a.s. wahyu Allah dengan firmannya:"Wahai Ibrahim!Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu,demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan". Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa,Ismail yang telah terselamat itu,Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. menyembelih seekor kambing yang telah tersedia disampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul dileher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap Hari Raya Aidiladha di seluruh pelusuk dunia. Wassalam.

pagi yang indah~

0
COM
oh!terjaga di pagi2 hari yg indah...weee...tadi terdengar orang takbir raya kat radio...tok slalu pasang radio kalo nak tido..bilik die sebelah je bilik kitorang..tu yg dengaq trus terjaga tu..ahah~
mak pon tengah blender sumting kat dapor..camtu lah mak.kalo nak raya,nak gi hantar kitorang jauh2 ke..kul 4-5a.m dah bangun dah..hari biase mak bangun kul 5-6a.m..mak mak..camtu lah die..;))
tak sabar nak makan nasi impit!! nanti mak wat pulut plak..weee ^^'v..sayang mak tak wat laksa..laksa mak memang marvelesss!! hee..

Salam Aidiladha Semua!!

2
COM

selamat hari raya haji!!

dan jangan lupa tengok nur kasih last episode tomorrow..yeahh!!

sukarnya bila ada 2 pilihan

4
COM

yepp!! i'm really in the middle right now..ahhah! which 1 to choose..ayark!..knape perlu ade handphone kat bawah ni..aduyy!! juz wait & see.. ^^'v

~InsyaAllah~


avoiding herself from falling in love~

0
COM
well..hehe..at first saye keep wondering jugakla kan..nape la orang tergila2 sangat nak tengok twilight..bile saye dah tengok..barula saye..oooo..ooooookk..haha..it's all about edward..ahhah!! logik la..hensem..kacak..segak..eh! haha~ most important part : caring & sangat2 protected yoo..awww!..i wish i cud have 1..ayayayaya..i do love edward so much but i know nothing about robert~..boleyy? haha.....
time tengok tu saye rase cam penah tengok je kristen tu..rupenye die ade dalam cite 'catch that kid'..dgn cite 'panic room'..antara my faveret cite suatu ketike dulu..hee...i c....i c~
then of coz la..dah tengok ending twilight camtu..of coz tak sabar nak tengok twilight saga kan..new moon..ni pon boley jadik lambat gak saye tengok..haha~tp sayang la..oh edward! hahaha (-___-)"
nie ade lagi satu movie..yeayy!!..oo my rain!! (-__-)"tak sure best ke tak..rasenye best kot..coz ade rain...^^'v...rasenye rain tak banyak movie..or ni movie first die?!..tahle..ahah! slalu tengok die kat drama je~

>>> this blog owner still avoiding herself from tuning in to channel [v] / E! / MTV coz there's a lot of edward faces & she doesn't want to fall in love with edward like others do..omigosh..//>>>

asam pedas!!

1
COM
yeay! rini mak masak keladi asam pedas..yum yum! my faveret!!..haha..rini hari yg cerah ye..Alhamdulillah~da 2 3 hari hujan..
tak lama lagi raye haji..SELAMAT HARI RAYA HAJI!...mak saye dah beli nasi impit ngan kacang..raye ni makan nasi impit ngan kuah kacang la ye..heee..kuih pon ade la sikit mak dah beli..ala kadar je~
~ok..chioww dulu~

we were warned

0
COM

orait..hari ini saye pergi plot board presentation kat faculty & tampal board & then saye,an,miza & miera gi jj bukit raja..kitorang nak tengok 2012..hee ;) 'pick of the week' la katekan..

at first sampai kat situ..line panjang gile..kitorang pon dah berserah dah..haha..tapi kitorang teruskan usaha dan akhirnye kitorang dapatla kul 3:45p.m.. ;))

excited dapat tengok movie tu..conclusionnye..ok! effect jadik..story line pon ok..admit yang saye ade meleleh gak..memang jadik jugak effect sedey diorang wat..haha..tp ending tak logik la kann..no further comment..heee ^^'v tp totalllllyy..very3 good!!

♥♥♥ bas ♥♥♥

0
COM
ni saye terjumpe dekat page senior saye kat fotopages..sangat menarik untuk dibace ye..
cinta&bas

tahu tak,cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas.bila bas datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"eee..penuhnya..takde tempat duduk". jadik,awak katakan pada diri awak,"saya akan tunggu bas yang lain". awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yang lain.

kemudian datang pulak bas yang kedua.awak nengok bas tu dan awak cakap,"eee..bas ni buruk sangat..mesti tak selesa.dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan". jadi,awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

setelah beberapa ketika datang lagi sebuah bas.bas yang datang tu kosong,tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ni awak kata,"emm..takde aircond..cuaca pulak panas.lebih baik saya tunggu bas yang lain". dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya.

tiba-tiba awan mula gelap,cuaca semakin mendung dan awak baru perasan yang awak pula dah terlambat rupanya.awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu,walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.


dan kemudian barulah awak sedar bahawa..awak dah naik bas yang salah.jadi selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak nak.

walaupun yang datang tu adalah bas yang beraircond.adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu tak akan rosak ditengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

jadik,ape yang awak idamkan tu memang salah.tapi,tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain.kan awak?haha~

sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak,apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun dari bas itu.

tapi..saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ni.awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti-nantikan), awak tahan bas tu tetapi pemandu bas tu pulak buat tak paham dan pura-pura tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

hahaha..bila ada bas yang lalu melintas saya macam tu,apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!


bodoh sebenarnye untuk mengejar bas tu sebab setiap kali,awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

jadi,bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,samada awak nak naik dan diberi peluang pada bas tu..semua terpulang pada diri awak.

dan bila awak berjalan,awak sebenarnye cuba melarikan diri dari cinta......................

tahukah anda?!

0
COM
ini saya ade nak share something ngan korang..yang dah tau tu ok lah..saya tak la arif pasal mende ni..tapi i've got a mail pasal mende ni & nak share dengan u ollz..bace k!

Maksud Dajjal::
Dalam ajaran Islam, Dajjal (pembohong/penyamar) ialah satu makhluk jahat yang akan muncul sebelum Hari Kiamat. Dalam ajaran Kristian, Dajjal dikenali sebagai Antichrist.

Sifat-sifat Dajjal::
Dajjal tidak disebut dalam Al-Quran, tetapi pelbagai hadis Sunnah menghuraikan sifat-sifat Dajjal seperti berikut;

- Dajjal adalah seorang pemuda yang rambutnya keriting, matanya menyembul keluar, menurut Rasulullah s.a.w seperti Abdul Uzza bin Qathan."Hendaknya diantara kamu bertemu dengannya, hendaklah membaca permulaan surah Al-Kahfi" (Sabda Rasulullah s.a.w). Sesungguhnya ia keluar dari jalan antara Syam dan Irak kemudian merosak kanan kirinya.
- Dajjal fizikalnya berbentuk cacat, dan akan buta pada mata kirinya. Mata kanannya akan berkini tetapi ia akan jadi gelap(hitam). Dalam sesebilangan hadith dia dirujuk sebagai satu-mata. Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, akan makan api dan menghembus asap, terbang atas tanah dan menyeberang laut.
- Dajjal akan menipu para imam, mengajar mereka bahawa Syurga adalah Neraka dan sebaliknya.
- Huruf Arab : kaf-fa-ra (kafara,bermaksud kafir) akan muncul pada dahinya dan akan dibaca oleh Muslim sebenar samada mereka boleh baca atau tidak.
- Dajjal boleh melihat dan mendengar pelbagai benda dibanyak tempat pada masa yang sama.
- Dajjal mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia.
- Dajjal akan cuba meletakkan manusia pada takhta Tuhan.
- Suatu hari di musim kemarau, dia bakal menanya; adakah kau mahu api atau air?Jika anda memilih air itu bermakna yang anda minta adalah api,manakala jika anda minta api yang diberikan ialah air.
- Dajjal akan mendakwa diri sebagai Tuhan dan akan menipu manusia dalam berfikir yakni dia telah bangun dari kematian. Salah satu orang khusus akan dajjal bunuh kemudian dajjal akan menghidupkan dia, sesudah itu Allah akan menghidupkan dia.
- Sesiapa yang menolak dan enggan percaya dengannya akan menderita kemarau dan kebuluran manakala sesiapa yang menerimanya akan hidup dalam kehidupan senang.
- Sesetengah tradisi Islam mengaitkan yakni dia akan muncul pada Isfahan, dan dia akan membawa Yahudi Isfahan dan ramai bekas Muslim dan bekas Kristian menyokongnya.
- Dajjal tidak berupaya memasuki Makkah atau Madinah.
- Imam Mahdi akan menentangnya dengan nama Islam.
- Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. dekat pagar Ludd, dimana Israel terdapat kini.
Perlindungan dari Dajjal::
Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajjal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, "Ya Allah!Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajjal." Baginda menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajjal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.

the 10 commandments success;

0
COM
* SPEAK TO PEOPLE :there is nothing as nice as a cheerful greeting
* SMILE :it takes 72 muscles to frown-only 14 to smile
* CALL PEOPLE BY NAME :everyone is pleased when you remember their name
* BE FRIENDLY & HELPFUL :and others will respond in like...
* SPEAK & ACT :as if everything you do were a genuine pleasure
* BE GENUINELY :interested in people
* BE GENEROUS :with praise-cautious with criticism
* BE CONSIDERATE :with the feelings of others,it will be appreciated
* BE THOUGHTFUL :of the opinions of others, there are 3 sides to any controvercy-yours the other persons & the right one?
* BE WILLING :to give service,what counts most in life is what we do for others

BEADS!!

0
COM
old interest..new to explore

jeng jeng jeng!!

0
COM
haa tengok..kejap je nak upgrade model ni...hahaha ;)







progress~

0
COM
ni model saye nye progress..lambat ye wat keje..hahaha

haiyaa!!

2
COM
macam mane ini ooo..talak buley tito loo..haha..lately,bile ade kesempatan nak tido awal..mata pulak tak boleh pejam..adoyaii..then,lately jugak saye amat nerves ye nak tido dalam gelap..saye pon no idea la nape jadik cenggitu..haiyaa!!wa talak paham lo..haha..

meh baca kata pujangga ni..hee..kata pujangga ni mentor saye mase f3 dulu kasik..En Khair Jerkaasi..time tu 2nd day trial PMR..die jaga exam kitorang..tiba-tiba die selitkan kata pujangga yang tertulis di atas kertas kajang berlogo SEMSAS ke bawah mejaku yang berbunyi begini..hee ;

"Fairuz
Sekiranya kau ketahui bahawa tenang air dikali itu punya elemen kesejahteraan, pasti kau menyukainya...
begitu seandainya kau ketahui bahawa titisan air mata ibu itu adalah lontaran kasih sayangnya, pasti kau juga menyukainya...
juga sekiranya kau ketahui titisan gerimis yang membasahi bumi itu adalah ketenangan hakiki, pasti juga kau menyukainya...
lantaran itu sekiranya kau ketahui bahawa getir ujian yang kau hadapi ini adalah kebahagiaan masa depanmu, pasti kau juga menyukainya..
lalu ambil dan ciptakan bahagia itu selama-lamanya..."
Good luck
for trial exam.
aku yang terlewat.
mentor 02'


macam tula die nye wasiat untuk saya..mendalam maksudnya..jangan pelik, coz En Khair ni memang Cikgu BM..no wonder la kann~...tapi i tell u la..memang time tu happening la mentor mentee kitorang..bez! thank you banyak-banyak untuk En Khair Jerkaasi!! *skarang ni tak tau En Khair katne..huhu~

mari tengok!!

0
COM
ini ade 1 activity menarik yang patot semua orang cubee!!!



zigzag yang paling mencabar~~
(saya nun dihujung..dee di depan)


time saya pergi ni masa tahun 2007 dengan ofismate..
1st time pegi memang bez..gayat!!
haha..tapi gagahkan aje..puas!!
(^^)'v


170 + yari ^^'v

2
COM
wheeeww!!
today sangat penat rasenyee..hahha
tadi teman miza pegi bank islam..then kitorang merayap ke PAS..nak maen bowling..
then saya singgah jap kat sony ericsson nye kedai..
"halo..itu yari klua bile?"..
"oo..yari aa..suda kelua maa..semalam baru kelua.."-------rase macam mimpi gile..huahuahua~
"u mau kaler ape?"..
"i mau kaler putih dengan merah2 tu la"..
"oo jambu meh"...
"haiya..i pompuan maa.mestila manyak jambu"...hahaha~
*sangat seronok dapat pegang yari!!!* ^^'v
ade somebody tu promote hp yang macam hp die..tapi tak moo..haha~ nanti same2 tak besh..ekeke..(padahal hp yang dipromote tu semmmat jugak la..tapi dah lame tunggu yari kannn~tak ley nak watpe la...huhu)
then gi maen bowling ngan miza..3 round..maen berdua saje memandangkan kitorang berdua je yang suke maen bowling~..yesterday pegi karok tapi karok bukan minat saya la..tak lepas tensyen pon karok..memeningkan kepale ade..haha~
then maen bowling..score saya 170..xla tggi mn sgt kan~..tp memang surprise habes..seingat saya la..paling tinggi saya dapat pon 99 time maen dengan shake,kucik & nojie time kat megamall, kuantan dulu..phewww~mcm mimpi lagi.....o_O