our little joy. Alhamdulillah

1
COM

tadaa!! ni masa si kenit ni 14weeks.
skang dah masuk 23weeks..minggu depan minum air gula ye nakk :)
so far Alhamdulillah..rasa baby gerak2.
scan kat KK nanti bulan 11.
so xtau lagi..next week ke. try2 scan kot2 nampak boboy ke gegel ehh :)
macam mimpi si kenit ni ada dalam perut ni ha..miracle.
anugerah Allah yang sangat besar. 
Alhamdulillah.
moge journey indah ni dipermudahkan oleh Allah. Amin.

buku pink

0
COM
Alhamdulillah.usia kandungan baru mencecah 13weeks. too early to announce tapi kawan2 terdekat tau lah.sebab nak refer pun kat diorang kan :)
bulan Feb. ritu..lepas kehilangan Tok tersayang, saya pun keguguran (@ 9weeks).
orang kata kena buat buku pink awal kan since pernah gugur.tapi kekangan kerja takleh keluar selalu.
pagi tadi decide pergi KK setapak @Wisma Sri Rampai. jumpe nurse, nurse suruh tulis nama, ic, & address.
then nurse suruh cari nurse nama Suraya(bukan nama sebenar)..sebab nurse tu jaga kawasan saya menetap sekarang. dah macam tu, saya lain macam dah rasa. tunggu la nurse nama Suraya. tengok nurse ulang alik, tengok tag nama.takde pun nama Suraya. angin dah naik kepala. then tak tahan, tanye la sorang nurse ni, mana nak jumpe nurse Suraya. then die suh ke bilik belakang. ulang alik tengok, still takde. dalam sejam jugak tunggu/tengok ade kat seat ke tak, still takde. then saya dah panas, suami saya yang tanyekan. alih2 boleh je nurse lain tolong kan.. then, baru lah nak set appointment. next week kena datang semula. selama ni telefon , tak pernah berjawab.
tak boleh ke buat lagi sistematik. maybe saya newbie tapi, 1st impression kan. tapi tulah, what do you expect kan...
tanya kawan2 yang ade pengalaman, semua KK macam tu ke.diorang pun kate, tak sangka kat situ macam tu. lain2 tempat, lain2 kan. maybe ni part saya.
harapnye lepas ni semua berjalan lancar. semoga my pregnancy journey ni dipermudahkan olehNya. Amin